APAKAH BONUS-BONUS YANG DISEDIAKAN ?
Terdapat 5 bentuk bonus yang disediakan syarikat:
1. Retail Bonus
Bonus ini bermaksud Bonus Penajaan ( sponsoring bonus ) atau Fast Start Bonus. Hanya ahli-ahli yang melakukan penajaan berhak mendapat bonus ini dan ia berkonsep unilevel. Bonus tajaan peribadi ( ahli generasi 1 ) dibayar USD25.00 ( RM90.00 ) bagi setiap satu ahli. Jika anda menaja 3 orang ( A, B dan C ), maka bonus anda ialah USD25.00 X 3 = USD75.00. Bonus ini dibayar sedalam 4 generasi. Kalau A, B dan C juga menaja ( andaian 3 orang tajaan masing-masing ), maka anda akan memiliki 9 orang ahli di generasi 2 anda. Maka Bonus Retail anda dari level 2 adalah USD8.00 X 9 orang = USD72.00. Begitulah kiraan untuk generasi berikutnya mengikut perkembangan unilevel anda. Bonus ini dibayar secara mingguan dan hanya ahli yang menaja saja akan nikmati bonus ini.
2. Residual Income
Merupakan bonus atau pendapatan berterusan yang dibayar kepada ahli berdasarkan bilangan tajaan terus dan subline masing-masing. Ia dibayar sedalam 5 generasi sahaja bermula dengan 2% untuk Level 1, 3% L2, 5% L3, 2% L4 dan 2% L5. Ahli yang tidak menaja tentulah hanya memiliki 1 line saja ( 1 powerline pemberian percuma ) dan mempunyai 5 downline ( kerana bonus ini dikira sedalam 5 level saja ). Ini bermaksud ahli tersebut memiliki cuma 1 downline bagi setiap level. Oleh itu bonus residual ditentukan dengan cara mendarabkan kadar bonus setiap level tersebut dengan volume maintenance tiap-tiap level tersebut [ ( 2% X USD19.95 ) + ( 3% X USD19.95 ) + ( 5% X USD19.95 ) + ( 2% X USD19.95 ) + ( 2% X USD19.95 ) ] bersamaan USD2.80 @ RM10.00. Ini adalah contoh residual income tanpa menaja langsung.
Bagi ahli yang menaja 10 orang misalnya, kiraan bonus ialah [ ( 2% X USD219.45 ) + ( 3% X USD219.45 ) + ( 5% X USD219.45 ) + ( 2% X USD219.45 ) + ( 2% X USD219.45 ) bersamaan USD30.724 @ RM110.00. Pendapatan dari Residual Income bukanlah terlalu besar tetapi ia merupakan pendapatan berterusan yang anda akan dapat selagi membayar fee maintain bulanan.Pendapatan ini sendiri sudah mampu melebihi jumlah maintenance bulanan anda, bermakna lain2 bonus yang akan anda dapat adalah merupakan keuntungan belaka. Hanya yang giat menaja akan menikmati residual income yang besar. Sumber income lebih besar yang perlu anda lihat ialah Bonus Infiniti. Perlu diingat..dalam kes menaja 10 orang di atas,anda hanya menaja 10 ahli sahaja tetapi 45 downline di bawah yang tersusun sehingga 5 level itu adalah hasil sumbangan " powerline " walau pun 10 ahli yang anda taja itu tidak aktif. Tidak menghairankan kenapa nama-nama seperti Mike G, Rachel Long, Robert Bowen dan lain-lain sangat aktif menaja. Kalau menaja 50 ahli, 255 downline diberi percuma untuk kiraan bonus ini. Begitulah seterusnya.
Nota: Residual Income ini akan disahkan kembali pada awal September nanti. Harap maklum.
3. Bonus Infinity ( rujuk jadual di atas )
Bonus ini khusus untuk ahli yang berpangkat 1 STAR dan ke atas. Mereka yang menaja sekurang-kurangnya 3 orang layak menikmati bonus ini. Kadar bonus yang dibayar adalah mengikut status dan pangkat seseorang ahli di mana kadar bonus ini didarabkan dengan volume maintenance bulanan bagi keseluruhan downline yang berada dalam powerline seseorang ahli. Ahli 1 STAR dibayar 3%, 2 Star dibayar 6%, 3 STAR dibayar 10%, 4 Star dibayar 14% dan 5 STAR dibayar 18% ( maksima ).
Contoh kiraan
Contoh 1:
Katakan A berpangkat 2 STAR dan powerline A memiliki 500 ahli berbayar spillover. Jumlah volume maintenance powerline A ialah USD9975.00
Bonus Infiniti A = 6% X USD9975.00 = USD598.50 @ RM2154.60
Contoh 2 :
Katakan B berpangkat 4 STAR dan powerline B memiliki 1000 ahli berbayar. Jumlah volume maintenance powerline B ialah USD19,950.00
Bonus Infiniti B = 14% X USD19,950.00 = USD2793.00 @ RM10,054.00.
Jika terdapat downline B yang mencapai pangkat 2 STAR dibawah ( katakan di kedudukan level 500 ). maka kiraan bous infiniti B adalah seperti di bawah:
# Bonus dari level 6 ~ level 500 = 14% X USD9,875.25 = USD1,382.54 @ RM4977.00
# Bonus dari level 501 ~ level 1000 = 8% X USD9,975.00 = USD798.00 @ RM2872.80
Jumlah Bonus Infiniti B ialah USD1,382.54 + USD798.00 = USD2,180.54 @ RM7849.94
4. Generational Bonus
Generational Bonus ini adalah untuk ahli-ahli yang berpangkat 3 STAR dan ke atas saja. Bonus ini disediakan jika berlaku " breakaway " dimana downline mencapai pangkat yang sama dengan upline. Ini untuk mengelakkan berlakunya " blocking bonus ". Misalnya anda berpangkat 4 STAR dan di bawah powerline anda terdapat downline 4 STAR juga di kedudukan level / generasi ke 700. Anda masih mendapat bonus penuh 14% bagi downline-downline sebelum level 700 dan masih berhak mendapat 3% lagi bagi level2 berikutnya sehingga melalui 3 generasi 4 STAR ( 3% dari group 4 STAR pertama, 2% dari group 4 STAR kedua dan 1% dari group 4 STAR ketiga ). Lihat jadual untuk lebih memahaminya.
5. Bonus Pool
Bonus ini berkonsep perkongsian untung dikalangan ahli-ahli berstatus 1 STAR dan ke atas. 10% dari volume bulanan syarikat akan diasingkan untuk diagihkan kepada ahli-ahli yang layak mengikut pangkat masing-masing. Katakan volume syarikat pada bulan tersebut ialah USD300,000, maka 10% darinya atau USD30,000.00 diambil dan diagihkan mengikut katogeri pangkat seperti berikut ( rujuk jadual di atas ) :
Katogeri 1 STAR = 35% X USD30,000.00 = USD10,500.00
Jika terdapat 250 ahli 1 STAR bulan tersebut, masing-masing akan mendapat USD42.00 @ RM151.20
Katogeri 4 STAR = 15% X USD30,000.00 = USD4500.00
Jika tedapat 5 ahli 4 STAR pada bulan tersebut, maka masing-masing akan mendapat USD900.00 @ RM3240.00
PROSEDUR KENAIKAN PANGKAT
Status 1 STAR
# Menaja sekurang-kurangnya 3 orang ahli aktif / berbayar.
Status 2 STAR
# Menaja minima 10 orang ahli aktif / berbayar @
# Memiliki seorang ahli 1 STAR aktif di setiap satu 3 line berbeza @
# Memiliki 3 orang ahli 1 STAR aktif hasil tajaan peribadi.
Status 3 STAR
# Menaja minima 50 orang ahli aktif / berbayar @
# Memiliki seorang ahli 2 STAR aktif di setiap satu 3 line berbeza @
# Memiliki 3 orang ahli 2 STAR aktif hasil tajaan peribadi.
Status 4 STAR
# Menaja minima 100 orang ahli aktif / berbayar @
# Memiliki seorang ahli 3 STAR aktif di setiap satu 3 line berbeza @
# Memiliki 3 orang ahli 3 STAR aktif hasil tajaan peribadi.
Status 5 STAR
# Menaja minima 500 orang ahli aktif / berbayar @
# Memiliki seorang ahli 4 STAR aktif di setiap satu 3 line berbeza @
# Memiliki 3 orang ahli 4 STAR aktif hasil tajaan peribadi.
Nota: Dari masa ke semasa pihak MyWorldplus juga menawarkan insentif-insentif serta " rewards " tertentu yang berbentuk wang tunai bagi ahli-ahli yang mencapai prestasi dikehendaki pada sesuatu bulan. Bagi Ogos 2007 ini misalnya, USD10,000 ( RM36,000 ) disediakan bagi mereka yang mampu menaja melebihi bilangan yang ditaja oleh " founder " MyWorldPlus.
Wednesday, October 31, 2007
BONUS FROM MYWORLDPLUS
Labels: Internet Biz, MyWorldPlus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment