Wednesday, October 31, 2007

Kemerdekaan Malaysia

Sambutan ke-50 Kemerdekaan Malaysia begitu bermakna kerana…..

1. ia adalah petanda bahawa era kemajuan negara kian berkembang tidak kira sama ada ia melibatkan infrastruktur mahupun pelbagai jenis bidang lain.

2. peningkatan sektor ekonomi dan pelbagai bidang lain telah membuktikan kemerdekaan adalah titik mula kepada pembangunan sesebuah negara

3. hanya sekali sahaja sambutan 50 tahun kemerdekaan sepanjang hidup dan ianya bukan mudah untuk dikecapi.

4. sepanjang 50 tahun kemerdekaan, Malaysia telah dikenali hampir seluruh pelusuk dunia.

5. jatuh bangun sesebuah negara merdeka adalah bergantung kepada rakyatnya yang berjuang mempertahankan tanah air tercinta

6. kerana boleh hidup bebas dari penjajahan secara fizikal dan masih berusaha gigih mengatasi penjajahan minda.

7. ia bukan sahaja membuktikan bahawa Malaysia telah bebas dari penjajahan fizikal malahan penjajahan dari pelbagai aspek lain.

8. kita bukan sahaja mampu berdikari sendiri malahan mampu berdiri sama tinggi dalam mengejar era kemajuan teknologi masa kini.

9. negara kita sudah mampu bersaing hebat di dalam semua bidang tidak tertumpu kepada sesuatu bidang sahaja.

10. tidak semua negara mampu mengecapi sepertimana negara Malaysia yang kini telah membangun dengan pesatnya sepanjang 50 tahun kemerdekaan.

11. pencapaian negara selepas merdeka bukan sahaja disanjung oleh masyarakat tempatan malahan dianggap contoh oleh negara-negara membangun lain.

12.

No comments:

PayPerPost, Inc

PPP Direct