Internet bukan sahaja membantu kehidupan sebagai seorang pekerja dunia ICT bahkan membantu kita dalam bidang komunikasi. Memandangkan kerajaan sekarang begitu bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan ICT ke dalam minda masyarakat kita bukan sahaja segenap pelusuk bandar bahkan sehingga ke perkampungan-perkampungan kecil di luar bandar sana. Mungkin anda adalah salah seorang dari jutaan pengguna internet di Malaysia dan sehingga kini banyak lagi khazanah dan maklumat yang masih belum anda ketahui. Dari sebesar-besar perkara seperti peperangan, program angkawasan negara malah perkara-perkara remeh seperti membuat kuih, cara-cara menganyam ketupat (raya beb) juga turut dimuatkan di dalam internet (dunia tanpa sempadan) .
Tetapi pernahkan anda mendengar:
Menggunakan internet tanpa mendapat pulangan adalah membazir, membazir dari segi waktu dan tenaga tidak kira sama ada eletrik mahupun tenaga-tenaga lain.
Tidak salah sekiranya anda berusaha seminima mungkin bagi menambah pendapatan selain menambah ilmu yang begitu luas di dunia internet hari ini. Mungkin belum masanya bagi kita untuk berjinak-jinak dengan dunia ini tetapi ketahuilah bahawa seseorang yang bijak adalah orang yang tahu menggunakan peluang.
No comments:
Post a Comment